Thursday, September 15, 2011

Esok Hari Malaysia!

Perbarisan Hari Kebangsaan...

Esok Hari Malaysia. Perbarisan Hari Merdeka yang ditunda sejak 31 Ogos hari tu, akan dilangsungkan esok di sekitar Kuala Lumpur. Awal2 lagi MIL telah memujuk hubby menemankan dia ke sana. Katanya nak membawa 2 orang anak saudara, Farah dan Ayie. Entahlah. Sy sememangnya tidak mungkin untuk bersusah-payah bersesak2 ke sana. Dengan batuk, selsema dan badan yang semakin berat, rasanya memang confirm sy hanya mampu terlantar empuk di atas katil kesayangan.


MIL, sejak dari dulu lagi memang suka hadir di event2 anjuran kerajaan ni. Perbarisan Hari Merdeka, Konsert Ambang Merdeka, menonton percikan bunga api tak kira di acara apa pun, Citrawarna, Rumah Terbuka Anjuran Kerajaan dan banyak lagi lah. Dulu, sewaktu sy dan hubby masih 20-an, rajin jugalah turut serta. Memang seronok. Tapi sekarang, dengan sesak2, jalan jammed, belum tentu kami sudi. Tambahan pula sekarang ni dengan udara yang berjerebu, lagi lah malas nak keluar rumah. Tapi untuk esok, mungkin hubby akan menemankan MIL. Demi untuk testing camera lens baru katanya. Hehe. Tak sabar menantikan hasil petikan gambar warna-warni Hari Merdeka. Yayy!

0 comments: